Sunday, May 31, 2009

pEsAnAn tErDaHuLu...

" Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya..tumbuh di tepi jalan..di lempar buahnya dengan batu..tetapi tetap dibalas dengan buah.."
(Saidina Abu Bakar R.A)

"Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki..Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiaya sesamanya..Itulah lelaki yang sebenarnya.."
(Saidina Umar R.A)


"Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu adalah :
-Hatinya selalu berniat suci
-Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
-Kedua matanya menangis kerana penyesalan terhadap dosa
-Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah
-Mengutamakan kehidupan Akhirat daripada kehidupan Dunia..."
(Saidina Othman R.A)


" Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan Ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya"
(Saidina Ali R.A)


" Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum dan harta itu terhukum. harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi Ilmu itu bertambah apabila dibelanjakan.."
(Saidina Ali R.A)

Saturday, April 4, 2009

Refleksi Sejenak (Multimedia Dalam Pendidikan Islam)

Refleksi 1:
Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 (Sila baca sendiri apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21)?


Transformasi samalah ertinya dengan perubahan. Jika transformers boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain begitu juga dengan manusia. Bezanya manusia tidak boleh berubah bentuk, yang berubah adalah sikap dan sifat juga pemikiran manusia itu sendiri. Bagi seorang guru transformasi adalah perlu bagi memastikan penambah baikan akan sentiasa berlaku untuk menjamin kemajuan dalam kehidupannya , pelajar seterusnya dalam pembentukan masyarakat yang cemerlang.
Seorang guru itu perlu mempersiapkan dirinya dengan pelbagai kemahiran dalam menghadapi era masa depan yang semakin mencabar. Antara perubahan yang perlu dilalui oleh seorang guru itu adalah mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran ict. Penggunaan teknologi dalam bidang ilmu pengetahuan pada masa kini sudah semakin pesat digunakan. Kemahiran ini menjadi satu kemudahan bagi seorang guru termasuk pelajar dalam mendalami sesuatu bidang pelajaran. Kaedah teknologi juga boleh dipelbagaikan dengan kemahiran yang juga pelbagai. Guru perlu mendalami kemahiran ini agar pengajaran yang akan disampaikan dapat menarik minat pelajar seterusnya dapat memberi kefahaman yang sebenarnya kepada pelajar tentang sesuatu pelajaran.

Refleksi 2:
Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?


Pernyataan ini sudah sering saya dengar. Banyak faktor yang menjadi penyebab timbulnya persepsi masyarakat terhadap guru-guru terutamanya guru-guru pendidikan Islam. Tidak kiralah apapun persepsinya, penggunaan ICT di sekolah banyak manfaatnya. Seandainya satu hari nanti saya ditempatkan di sekolah Bestari, antara langkah – langkah yang akan saya lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah ialah :
- Saya akan berusaha untuk menjadi role-model yang terbaik dengan terlebih dahulu menggunakan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sememangnya kita perlu mengaplikasikan terlebih dahulu sebelum menjadi ikutan orang lain. Terdapat banyak perkakasan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan antara perkakasan asas yang boleh digunakan seperti computer, LCD projector, scanner, internet dan sebagainya.Makmal computer yang telah disediakan juga boleh digunakan sepenuhnya dengan mengajak para pelajar untuk bersama-sama menggunakan computer dalam pembelajaran.
- Seterusnya saya akan mengajak guru-guru lain untuk sama-sama menggunakan ICT dalam pengajaran. Saya akan memulakan dengan guru-guru yang rapat dengan saya dahulu dan sudah pasti guru-guru lain juga akan berminat menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya bagi memudahkan dalam menjapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.
- Saya akan cuba memberi tunjuk ajar kepada guru-guru yang berminat dengan mendekati mereka dan memberi cadangan yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang mereka ajar di sekolah.
- Apa yang penting apabila saya tidak tahu tentang sesuatu dan terdapat kemusykilan dalam menggunakan perkakasan-perkakasan ICT ini, saya akan merujuk kepada rakan-rakan yang lebih tahu bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Rakan-rakan yang sama-sama mengambil subjek multimedia dalam pendidikan Islam ini merupakan rakan-rakan yang amat bermakna bagi saya kerana susah senang yang dilalui dalam sepanjang mengambil subjek ini boleh menjadi panduan dalam menghadapi masa akan datang.;)

Refleksi 3:
Untuk refleksi seterusnya, berikut adalah soalan-soalan yang perlu dibincangkan bersama. Soalan-soalan ini menuntut anda memikirkan pengalaman yang telah dilalui pada semester ini yang berkaitan dengan pembelajaran atas talian menggunakan Moodle (ADEC). Soalan-soalan ini adalah amat penting kerana ianya akan membantu anda sebagai seorang guru yang juga akan menggunakan pembelajaran atas talian dengan murid-murid anda suatu hari nanti.
1- Apakah ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada anda membolehkan anda mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian?


Pembelajaran atas talian merupakan salah satu pembelajaran yang efektif di saat seseorang itu menghadapi lambakan kerja yang perlu disiapkan dalam masa yang tertentu. Pembelajaran cara ini amat berguna dan mudah serta boleh digunakan di mana sahaja yang ada ‘internet wireless’ . Saya berpendapat untuk pembelajaran cara ini kerajinan adalah perlu kerana jika malas untuk membuka web ini pastinya manfaat yang telah disediakan dalam moodle tidak dapat diketahui dengan sebenarnya. Seterusnya keprihatinan juga penting dalam melancarkan lagi sistem pembelajaran atas talian ini. Keprihatinan dan kepekaan terhadap perkara-perkara baru yang dimasukkan ke dalam moodle adalah merupakan asas bagi memperkembangkan lagi proses pembelajaran. Saya juga suka mengambil tahu tentang apa yang telah disediakan di dalam moodle setiap kali saya berpeluang untuk melayari internet. Ini membantu saya mengetahui tentang maklumat-maklumat yang baru dimasukkan ke dalam moodle ini.

2- Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian?

- Perisian-perisian yang mudah untuk dimuat turun bagi kegunaan penyediaan pembelajaran
- Nota-nota yang telah diajar di dalam kelas termasuk paparan yang telah digunakan di dalam kelas sebagai rujukan pelajaran semasa melakukan ulangkaji di rumah

3- Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian?

- Sentiasa memberi peringatan (reminder) terhadap pembelajaran yang lepas.
- Menyediakan nota-nota tambahan yang berkaitan dengan tajuk yang telah diajar
- Membuka ruangan pertanyaan bagi pelajara yang kurang faham tentang tajuk
- Memperbanyakkan koleksi soalan dan latihan bagi pengukuhan kefahaman pelajar

Refleksi 4:
Nampaknya kelas kita sudah hampir ke penghujungnya. Saya berharap agar anda sudah mendapat banyak manfaat dan ilmu serta kemahiran dalam masa 9 minggu ini. Anda akan menyerahkan tugasan projek anda tidak lama lagi. Saya ingin mengetahui pendapat anda tentang pengalaman menyiapkan tugasan projek tersebut. Soalan-soalannya adalah seperti berikut: 1. Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?

Pada awalnya saya merasakan seakan-akan saya dan ahli kumpulan saya bakal menghasilkan satu projek yang agak ’grand’. Melalui pemberitahuan tugasan daripada tutor mengikut fahaman kami tugasan yang ditaklifkan perlu mengandungi satu perancangan yang teliti. Wah! Rasa macam kena buat projek yang besar-besar tapi lama kelamaan baru saya faham apa yang dikehendaki daripada tugasan yang diberikan bukanlah sekadar suatu hayalan yang ada di fikiran malah perlu kami realisasikan dengan berkesan. Kami perlu memikirkan objektif yang akan kami capai melalui koswer yang kami bina nanti. Kami mula memikirkan bagaimana caranya untuk kami menggabungkan elemen-elemen multimedia itu dalam bentuk yang kreatif dan menarik agar pengguna yang menggunakannya akan sentiasa rasa ingin tahu tentang tajuk perbincangan dalam tajuk yang kami kemukakan. Dengan itu kami menganggap ini merupakan cabaran yang terbesar yang kami lalui. Secara peribadinya saya sendiri amat teruja dengan tugasan ini. Cuma adakalanya kekangan masa agak menghimpit saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Namun ini lah cabaran yang tutor sendiri pernah katakan...keluarlah daripada zon selesa!!

2. Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda menjalani praktikum nanti?

Projek ini benar-benar akan dapat membantu saya semasa menjalani praktikum nanti. Saya sudah mula membayangkan betapa projek ini memberi manfaat dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal saya hadapi nanti. Saya tidak akan teragak-agak untuk memberi penambah baikan terhadap tugasan yang telah kumpulan saya hasilkan agar ianya lebih relevan untuk saya gunakan dalam pengajaran di sekolah nanti. Dalam proses menyiapkan projek ini juga terdapat banyak kenangan dan pahit jerih saya serta ahli kumpulan saya hadapi. Ini akan memberikan saya satu nilai tambah dalam memperbaiki diri seterusnya mengarahkan fikiran ke arah suatu yang positif kerana apa sahaja yang hendak dilakukan di dunia ini, tiada yang mustahil. Apa yang penting adalah kesungguhan dan keikhlasan dalam menyempurnakan sesuatu.

3. Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan)
Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?Jika YA, jelaskan bagaimana dan mengapa? Jika TIDAK (dan ingin mengekalkan kaedah penilaian menggunakan sistem bintang), mengapa?

Saya akan mengekalkan sistem penilaian berasasklan bintang ini kerana saya berpendapat bahawa dengan memberikan jumlah bintang merupakan satu rangkuman jumlah yang sistematik. Kita tidak perlu mengira jumlah yang angkanya banyak . Sistem bintang ini lebih mudah dan kelihatan lebih profesional.

Refleksi 5:
Apakah cadangan dan pendapat anda bagi memperbaiki sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini? Adakah ianya perlu diubah? Sekiranya YA kenapa dan bagaimana. Sekiranya TIDAK kenapa?

Pada pemerhatian saya apa yang dipelajari oleh kedua-dua kelas multimedia yang diajar oleh tutor yang berlainan ini amat berbeza dari sudut isi kandungan pembelajaran secara khususnya akan tetapi sama dari sudut topik umumnya. Contohnya kedua-dua tutor mengajar kelas tentang membina laman web akan tetapi perisiannya adalah berbeza. Saya tidak bermasalah dengan semua ini kerana saya berpendapat semua ini adalah bersesuaian dengan penerimaan kami di peringkat pengajian tinggi. Walaupun berbeza silibus yang diajar tapi saya masih boleh berkongsi pengetahuan dengan rakan di kelas satu lagi tentang perisian yang diajar oleh tutor mereka. Ini akan lebih menggalakkan lagi pembelajaran saya kerana saya akan bertanya dan berbincang dengan mereka tentang perisian tersebut.
Sukatan pelajaran yang diajar tidak perlu diubah Cuma memerlukan masa yang cukup bagi memberi kefahaman dalam meningkatkan kemahiran mengenai sesuatu perisian yang diperkenalkan. Semua perisian yang diajar di dalam kelas adalah perisian-perisian yang baru saya dengar dan gunakan. Ini amat menarik kerana dapat menambah pengetahuan saya terutamanya sebagai seorang bakal guru. Biarpun baru saya pelajari mengenai perisian-perisian tersebut saya merasakan seperti telah pernah menggunakannya disebabkan penerangan tutor yang amat jelas serta keprihatinan beliau dalam mengajar saya dan rakan-rak
an….terima kasih sir azrul…

Wednesday, March 25, 2009

green apple...



mutiara kata

"Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"

fitnah yang paling besar...

Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadits yang berbunyi sbb: "Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal" (Misykat, hal. 472).

Kata-kata seperti itu, terdapat pula dalam kitab Hadits yang lain. Misalnya, dalam sebuah Hadits, Nabi SAW diriwayatkan bersabda sbb : "Wahai manusia ! Semenjak Allah menciptakan bani Adam, tak ada fitnah dimuka bumi yang lebih besar dari pada fitnahnya Dajjal" (Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2028).

Hadits-hadits tersebut membuktikan bahwa fitnahnya Dajjal itu tiada lain ialah merejalelanya Imperialis Eropa sekarang ini dan menangnya agama Nasrani. Kenyataan menunjukkan bahwa sejarah ummat manusia tak dapat mempertunjukkan fitnah lain yang besarnya seperti itu.

Memang dalam sejarah pernah terjadi suatu bangsa menundukkan bangsa lain dan menguasai aspek kehidupan mereka, tetapi contoh tentang penjajahan yang menyeluruh seperti yang kita saksikan sekarang ini berupa merajalelanya imperialis dan kebudayaan Eropa di seluruh dunia, belum pernah terjadi. Daratan dan lautan semuanya dikuasai oleh imperialis Eropa.

Demikian pula kita tak dapat menemukan persamaannya tentang cara-cara kaum imperialis Barat memperbudak bangsa-bangsa lain di dunia. Yang lebih istimewa lagi ialah bahwa mereka memiliki segala macam senjata yang dengan senjata itu, orang-orang dapat tersesat dari jalan benar dan jalan kesucian. Di sebelah sini, mereka mnyesatkan orang-orang melalui sistem pendidikan, dan di sebelah sana, mereka mencapai tujuan mereka melalui penyiaran agama; kadang-kadang untuk mencapai tujuan mereka, mereka melumpuhkan jiwa manusia dengan memberikan kepada mereka kemewahan dan kesenangan jasmani; dan kadang-kadang diberikan kepada mereka hiburan-hiburan yang dapat melupakan rohani mereka sama sekali.

Sering pula ilmu pengetahuan mereka digunakan untuk menghancurkan rohani ummat manusia. Pendek kata, di seluruh sejarah manusia, fitnahnya Dajjal tak ada taranya, dan sabda Nabi SAW bahwa tak ada fitnah yang lebih besar daripada fitnahnya Dajjal, ini terpenuhi berupa merajalelanya kaum imperialis Eropa, yang bukan saja membahayakan aspek kehidupan jasmani, melainkan pula membahayakan aspek kehidupan moral dan rohani.

Thursday, March 12, 2009

AsSaLaMuAlAiKUm...

SeDaRkAh HiDuP KiNi kIaN Ke sEnjAnyA...